Ka'ab bin Malik berkata,
"Rasulullahi sallallahu 'alaihi wasallam makan dengan tiga jari Baginda. Sesudah itu, beliau menjilat ketiga-tiganya."
[Hadith Riwayat Tirmizi dan Muslim]
Ka'ab bin Malik berkata,
"Rasulullahi sallallahu 'alaihi wasallam menjilat jari-jemari Baginda tiga kali sesudah makan."
[Hadith Riwayat Tirmizi dan Muslim]
Anas bin Malik berkata,
"Apabila selesai makan, Rasulullahi sallallahu 'alaihi wasallam menjilat ketiga-tiga jari Baginda."
[Hadith Riwayat Tirmizi, Muslim dan Abu Dawud]
Post a Comment