Abdullah bin al-Harith berkata,
"Aku tidak pernah melihat seseorang yang tersenyum lebih banyak daripada Rasulullahi salllallhu 'alaihi wasallam".
[Hadis Riwayat Tirmizi]
Abdullah bin al-Harith berkata,
"Rasulullahi salllallhu 'alaihi wasallam tidak ketawa, cukup sekadar tersenyum".
[Hadis Riwayat Tirmizi]
Rasulullahi salllallhu 'alaihi wasallam Menceritakan Kisah Lucu
Abdullah bin Mas'ud melaporkan, Rasulullahi salllallhu 'alaihi wasallam bersabda,
"Sesungguhnya aku mengetahui penghuni neraka yang paling akhir keluar, iaitu seseorang yang keluar dari situ dengan merangkak. Lalu, dia mendapat perintah,"Pergilah ke syurga." Orang itu pun pergi ke syurga. Namun dia melihat sudah ada orang di rumah-rumah di syurga.
Dia mengadu pada Tuhannya, "Wahai Tuhanku, sudah ada orang di rumah-rumah itu."
Orang itu ditanya, "Adakah kamu ingat kehidupanmu semasa di dunia?
Dia menjawab, "Ya." Lalu dia diperintahkan kepadanya, "Bayangkanlah (kemahuanmu)!"
Orang itu pun membayangkan kemahuannya. Kemudian, Tuhan berkata kepadanya, "Kamu mendapat apa yang kamu mahukan, bahkan sepuluh kali ganda daripada apa yang ada di dunia."
Orang itu membalas, "Wahai Tuhanku! Adakah Engkau sedang mempermain-mainkan aku, padahal Engkaulah Sang Penguasa?"
Adullah bin Mas'ud berkata, "Ketika itu aku melihat Rasulullah tertawa sehingga terlihat gigi geraham Baginda."
[Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi]
Post a Comment