Ke Arah Menghidupkan Kembali Elemen Manhaj Al Azhariy Yang Bercahaya
Terjemahan : Al Ihya Al Kabir Li Ma'alim Al Manhaj Al Azhariy Al Munir
Elemen Ketiga:
[Memiliki Gambaran Sempurna Lagi Menyeluruh Terhadap Objektif Syariat (Maqasid Al Syariah)]
Dari pergaulan yang lama bersama para ulama, dan penguasaan yang kukuh terhadap ilmu-ilmu alat, maka mata hati penuntut tersebut akan terbuka untuk memahami matlamat Syariat yang mulia ini. Dia akan mengetahui bahawa agama Allah ini, diturunkan bagi merealisasikan pengibadatan kepada Allah, penyucian jiwa, pengimarahan dunia, menyampaikan hidayah Allah kepada sekalian umat manusia, mewarisi tugas para Nabi, mendidik manusia ke arah sifat Rabbani, berpedoman, dan kembali bergerak menuju hari Akhirat.
Ditambah lagi dengan tujuan seperti menyemai sifat-sifat yang mulia, membina ketamadunan, dan mencipta pembaharuan, sehinggalah umat Nabi Muhammad ﷺ,ini menjadi rahmat bagi seluruh alam sepertimana Nabi ﷺ sendiri rahmat bagi sekalian alam.
Apabila seseorang penuntut ilmu memahami Maqasid Al Syariah, maka pemahamannya terhadap agama Allah akan berkembang, dan pandanganya terhadap cabangan fiqh (Furu’ Fiqhiy) akan mencerah. Maka seterusnya, dia akan keluar dari menjadi golongan yang keras dan suka menghentam, dan kemudian dia akan berlemah lembut tatkala berhadapan dengan golongan jahil dan seterusnya, justeru berakhlak dengan akhlak Nabi yang tinggi lagi agung.
Elemen Keempat:
[Mengadaptasi Al Quran Tepat Pada Tempatnya]
Sesungguhnya, bergaul dengan para ulama, menguasai ilmu alat dan mempunyai gambaran yang sempurna tentang Maqasid Al Syariah, akan membolehkan pemilik manhaj ini untuk membaca serta mengamati Al Quran dan mengadaptasi/mengaplikasi ayat-ayatnya secara cermat dan tepat pada tempatnya. Maka ayat-ayat yang diturunkan ke atas orang kafir tidak sesekali akan ditujukan kepada orang mukmin, atau ayat yang diturunkan bagi orang mukmin tidak sesekali ditujukan kepada orang kafir.
Begitu juga halnya ayat-ayat yang membawa erti umum atau universal, dia tidak akan sesekali menjadikan ertinya khusus, atau ayat-ayat yang khusus dia tidak sesekali mengumumkannya dan begitulah seterusnya. Bahkan, dia adalah seorang yang mempunyai kefahaman yang baik tentang Al Quran, dan kemahiran mengadaptasinya dengan realiti tanpa mengalami sebarang kecelaruan atau kekaburan.
Bersambung...

+ comments + 1 comments
Wynn hotel casino - Jtm Hub
Casino-style 포항 출장안마 gaming at Wynn Las Vegas 속초 출장마사지 brings Vegas-style 창원 출장마사지 entertainment to 제천 출장샵 your fingertips. Experience 24/7 excitement 충주 출장안마 with Wynn Resorts.
Post a Comment