Ada Apa Pada Pena Andai Tiada Peluru Ilmu?

Penyakit : Apa itu Leprosy?

0 comments


Tadi balik kuliah. Dalam perjalanan itu, terserempak dengan seorang ibu bersama anaknya, bergurau senda di atas tangga jejantas pejalan kaki. Mereka ceria sekali, menggambarkan keakraban seorang ibu dan anak. Yang menarik, aku dapat lihat wajah ibu anak itu, wajahnya berketul-ketul, lagak seorang pesakit leprosy. Namun, anaknya tetap sahaja mesra dengan ibunya.

Aku suka melihat suasana di sekitar kawasan rumah aku. Kerana, hospital-hospital banyak di sekeliling rumah aku. Biah yang terbentuk, ialah biah yang baik untuk membentuk seorang doktor atau physician yang baik.

Aku jadi teringat pesan doktor sewaktu mengajarkan kami tajuk Granulomas dalam Basic Pathology. Ketika membicarakan perihal penyakit leprosy, dia menyuruh kami melihat di sekitar kawasan hospital, kerana katanya ada peminta-peminta sedekah yang berwajah leprosy. Dan, hari ini aku sendiri sudah melihatnya.





Apa itu Leprosy?

Secara ringkas, Leprosy ini sejenis Chronic Infectious Granulomatous Disease. Penyakit kronik granulomatous yang boleh berjangkit.

Penyakit berjangkit ini penting kerana ia merupakan penyebab utama Peripheral Nerve Damage. Tetapi, jika dapat didiagnos awal, ianya masih boleh dirawat dan kecacatan-kecacatan boleh dielakkan.

Menurut World Health Organization (WHO), penyakit ini merupakan penyakit paling lama yang telah rekodkan, kerana rujukan pertamanya telah ada semenjak 600 tahun before century (BC).


Apa organisma penyebab penyakit ini?

Causative organism atau organisma penyebab kepada penyakit ini ialah Mycobacterium Leprae yang hampir menyerupai Mycobacterium Tuberculosis.

Ia memberi kesan kepada 'tempat yang sejuk' di badan seperti kulit, mulut, salur pernafasan, mata, saraf peripheral, superficial lymph nodes dan testis.

Seterusnya, bacteremia atau bakteria dalam darah akan menyebakan jangkitan merebak ke organ-organ lain seperti hati(liver), limpa(spleen) dan tulang sum-sum(bone marrow).


Bagaimana jangkitan boleh berlaku?

Jangkitan merebak secara perlahan dan kadar masa pengeraman(incubation period) berbeza-beza daripada 2 hingga 20 tahun, dan secara puratanya 3 tahun.

Jangkitan boleh berlaku melalui sedutan nafas bacilli daripada kulit yang telah rosak, cecair yang keluar dari hidung, membrane mukus mulut dan hair follicles daripada pesakit lepromatous leprosy yang tidak dirawat selepas sentuhan dalam jangka masa yang panjang.





Wallahua'lam.


Rujukan :

1- WHO



4- Lecture Notes on General Pathology


Share this article :

Post a Comment

 
| | | |
Copyright © 2014. Qalam Wildan - All Rights Reserved
Template Modified by Qalam Wildan
Proudly powered by Wa ma taufiqi illa billah