Ada Apa Pada Pena Andai Tiada Peluru Ilmu?

Apa Itu Palpitation?

0 comments


[Cerita Mediko #1]

Satu ketika aku pening untuk mendefinisikan 'palpitation'. Yang aku faham ketika itu ialah palpate itu ialah kita dapat merasakan denyut nadi dengan deria sentuh kita, seperti yang diajar ketika mahu mengambil tekanan darah pesakit.

Lalu, aku dengan muka tidak malu serta dengan penuh rasa bodoh, bertanyakan senior.

Dia memberikan definisi yang hingga hari ini aku boleh faham dan jika orang bertanyakan kepada aku, aku boleh jawab sambil melompat-lompat bintang.

Mudah jawapannya.

"Secara normal, enta 'rasa' tak nadi-nadi yang berdenyut di seluruh badan enta?"

Dengan muka penuh kebengongan, aku jawab, "Tak".

"Okay, jadi kalau palpitation berlaku, nadi-nadi yang tadi jika dalam keadaan normal tidak dapat dirasakan, kini enta akan dapat rasakan".

Aku angguk dahsyat.

"Alhamdulillah, dah faham. Terima kasih bang."

Maka dengan menjadi bodoh beberapa ketika, aku sudah boleh faham dengan izin Allah.

Jangan malu untuk jadi bodoh.

Biar bodoh seminit, daripada membiar pesakit bertambah sakit.



Share this article :

Post a Comment

 
| | | |
Copyright © 2014. Qalam Wildan - All Rights Reserved
Template Modified by Qalam Wildan
Proudly powered by Wa ma taufiqi illa billah