Ada Apa Pada Pena Andai Tiada Peluru Ilmu?

Biodata Masyaikh Al-Azhar : Syeikh Jamal Faruq

1comments

Biodata Para Masyaikh 




Pengenalan.

Nama : Jamal Faruq Jibril Mahmud Ad-Daqqaq.

Tarikh lahir: 27.01.1960 / 1.12.1413 H

Status : Berkahwin mempunyai 3 orang anak, Zainab, Muhammad dan Ahmad

Pekerjaan : Pensyarah di Kuliah Dakwah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar

Pendidikan :

- Menghafal Al-Quran di Bandar Daerah Farshud Muhafazah Qena, Mesir dengan Gurunya, Sheikh Muhammad Mansur Husain Rahimahullah.

- Menyempurnakan pengajian peringkat rendah dan menyambung pelajaran ke peringkat menengah di Ma’had Azhar Farshud.

- Menyambung pelajaran ke Kuliah Dakwah Islamiyah, Kaherah, dan mendapat Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1984.

- Menyambung pengajian di peringkat Master dalam bidang agama dan mazhab pada tahun 1990 dan mendapat pangkat cemerlang (mumtaz).

- Menyambung pengajian di Kuliah Usuluddin Kaherah untuk peringkat Phd dan mendapat gelaran Pangkat pertama pada tahun 1994.

- Menyempurnakan pengajian Qiraat sepuluh dengan Sheikh Abdul Hakim Abdul Latif, dan mendapat Ijazah daripadanya dan ditugaskan untuk menjadi Sheikh di Maqra’ah Sayyeda Zainab tahun 2000.


Pekerjaan :

- Ditugaskan selepas tamat pengajian sebagai Imam dan Khatib di Kementerian Auqof Republik arab Mesir, pada tahun 1985.

- Ditugaskan menjadi Pensyarah pembantu di Kuliah Dakwah Islamiyyah Kaherah pada tahun 1986.

- Ditugaskan menjadi Tenaga Pengajar Pembantu pada tahun 1990 kemudian Pengajar pada tahun 1994 kemudian menjadi Profesor Pembantu di bahagian Agama dan Mazhab dan Ideologi-ideologi semasa pada tahun 2000.

- Dipinjamkan ke Negara Emiriah Arab Bersatu sebagai Profesor di Kuliah Pengajian Islam dan Bahasa Arab Dubai, dalam tempih 6 tahun dari tahun 2001-2007.

Sekarang Sheikh bertugas;

- Menjadi guru Al-Quran mengajar Qiraat tujuh dan sepuluh.

- Mengadakan Halaqah pengajian Quran dan tajwid.

- Memberi Khutbah Jumaat dan memberikan pengajian di Masjid Al-Azhar dalam mensyarahkan Ilmu Tauhid dan Mantiq.

- Terlibat dalam Lajnah Penyeliaan kepada pelajar-pelajar Universiti Al-Azhar dalam aktiviti-aktiviti keagamaan dan keilmuan.

- Terlibat dalam merancang manhaj pengajian, di lajnah ilmu dan penghakiman tesis-tesis ilmiah, pertandingan Al-Quran dan sebagainya. Teribat dalam penghakiman Pertandingan Al-Quran Kebangsaan di Dubai.


Penulisan-penulisan; 

1.Dirasat Nassiah fi Al-Sirah Al-Nabawiyah

2. Al-Ikhtilaf fi Masail Al-Diniah : Majaalatuhu Wada’aimuhu Al-Khulukiah.

3. Mabhas fi Al-Tawasul Waraddu Al-Syubuhat Al-Mani’in

4. Alaqoh Al-Din bianwa’I Al-Thaqafah Wa Al-Tahzib

5.Ta’lik a’la kitab (Durrunazim fi zikri Al-Khulf baina Riwayatai Duri Abi Amru wa Hafs Asim) Li Abi Bakr Al-Nasyiri dalam Ilmu Qiaraat

6. Mabhas fi Masail Al-Akidah Al-Islamiyah (Sifatul Wujud)

7. Ta’lik A’la Syarh Al-Jazariyah fi Ilm Tajwid

8. Bahsun haula Ta’addudiah al-Adyan wal-Syarai’ (Waqfah Tahliliah)

9. Bahsun Haula Khuturat Al-Takfir Wa-u Al-Salbiah

10. Bahsun a’n mafhum Ahlul Sunnah wal Jamaah


Disediakan oleh :
Akademi Pemikiran Turath
Share this article :

+ comments + 1 comments

June 3, 2019 at 8:14 AM

bulan januari apa bulan mei min lahirnya beliau,,???

Post a Comment

 
| | | |
Copyright © 2014. Qalam Wildan - All Rights Reserved
Template Modified by Qalam Wildan
Proudly powered by Wa ma taufiqi illa billah