Ada Apa Pada Pena Andai Tiada Peluru Ilmu?

Aku?



Dulu aku bercita-cita nak jadi bomba, sebab ayah aku suka sangat sabun muka aku.

Selepas itu, lepas banyak tengok Gerak Khas, nampak macam seronok pegang pistol tembak-tembak, terus aku jadi teringin pulak nak jadi polis.

Tak lama lepas itu, selepas aku dengar cerita ustazah di sekolah yang kalau jadi askar, ada banyak peluang untuk mati syahid, dan paling best, boleh masuk syurga! Tapi, akhirnya bila aku beritahu mama aku, dia tak bagi, dan lama selepas itu, aku dah jadi tak ada cita-cita. Pergi sekolah hanya untuk belajar dan main.

Lepas SPM, aku bertukar wajah.

Tak pernah dalam benak hati aku untuk jadi budak medik, langsung tak berniat. Tapi rezeki Allah dan perancangan-Nya lebih baik daripada segalanya, kini aku masih lagi budak medik. Ya, aku sedar aku tak pandai setara mana, tapi aku akan sentiasa cuba untuk jadi yang terbaik.

Terlanjur jadi budak medik ni, aku pernah pasang cita-cita suatu hari nanti untuk jadi pakar sakit kulit. Jangan tanya kenapa, aku tak tahu kenapa aku teringin sangat nak jadi pakar sakit kulit. Tapi tak mengapa, insyaAllah aku akan cuba sedaya yang mungkin.

Ops, belum habis.

Ada lagi tiga cita-cita aku.

Mahu jadi orang yang fakih dalam ilmu agama (ameen..), mahu jadi bisnessman berjaya dunia akhirat (ameen...), mahu jadi penulis yang disayang Alllah (ameeen..).

Doakan saya.

Apa, nak tahu nama aku?

Ah, panggil saja aku QalamWildan.

Itu nama pena aku.

"Ada apa pada pena, andai tiada peluru ilmu?"



QalamWildan




Post a Comment

 
| | | |
Copyright © 2014. Qalam Wildan - All Rights Reserved
Template Modified by Qalam Wildan
Proudly powered by Wa ma taufiqi illa billah