Ada Apa Pada Pena Andai Tiada Peluru Ilmu?

Hakikat Manhaj Al-Azhar dan Gelaran Al-Azhari

0 comments



Persoalan Dan Jawapan Di Sekitar Majlis Ilmiah Khususi Pertama (18/2/2015) Bersama Fadhilah Al Imam Syeikh Ali Jumaah – Hafizahu Allahu Taala –

Apakah hakikat Manhaj Al Azhar? 

Bagaimanakah seorang pelajar itu layak bergelar Al Azhariy?

Jawapan : 

((Unsur-Unsur Asasi Aqliah dan Nafsiyyah Al Azhariy))
Seseorang pelajar layak bergelar Al Azhariy, setelah memiliki tiga kriteria:

Pertama: Dalam akidah dia bermazhab Al Asyariy

Kedua : Dia perlu bermazhab dalam mempelajari ilmu Fiqh dan Usul Fiqh, sama ada mazhab Syafie, Maliki, Hanafi, dan Hanbali, dari mazhab-mazhab Ahli Sunnah Wa Al Jamaah yang Muktabar, yang sampai kepada kita dengan rantaian sanad yang bersambung sehingga Rasulullah. Ini kerana antara nikmat dan rahmat yang dikurniakan Allah ke atas umat ini adalah umat ini memiliki rantaian sanad yang bersambung pada Al Quran, Al Hadis, dan Buku-buku Ilmiah yang diriwayatkan dari para ulama-ulama yang mulia zaman berzaman. Syukur dan pujian pada Allah kerana telah menjaga dan memelihara keistimewaan dan kelebihan ini.

Setelah itu, pelajar tersebut perlu melangkah dan menuju ke martabat “Ihsan” yang dikenali kini dengan istilah Nilai moral, Akhlak, Ihsan dan Tasauf.

Ilmu Tauhid adalah ilmu yang membincangkan permasalahan Al Kalam ( Akidah) seperti persoalan (Uluhiyyah)- Ketuhanan- (Nubuwwah) – Kenabian – dan (Sam’iyyah) – Konsep Alam Ghaib - .

Islam telah memasuki seluruh pelusuk dunia, dan menyantuni pelbagai aliran pemikiran dan agama. Islam telah menjawab segala persoalan yang membingungkan manusia di Timur dan Barat. Teknik dan jawapan yang terbaik serta paling tersusun adalah apa yang telah dikemukakan oleh Al Imam Abu Al Hasan Al Asyariy – RadiaAllahu Anhu – kepada dunia. Ini kerana beliau telah menggabungkan antara “Al Ma’qul” ( Logik) dan “Al Manqul” (Wahyu).

Beliau seakan-akan telah meneliti dan mengamati hal ehwal dunia. Aliran dan ajaran beliau telah diterima pakai oleh pelbagai bangsa dan kaum yang berbeza. Beliau boleh diibaratkan seperti lebah yang mengeluarkan nektar bunga kemudian memprosesnya menjadi madu. Itulah yang telah dilakukan oleh beliau, yakni menggabungkan prinsip-prinsip Syariat dengan konsep logik akal manusia.

Oleh sebab keunikan dan keindahan yang dipamerkan itulah, umat Islam mengikutinya, bahkan kebanyakan umat Islam sekarang terdiri dari mereka yang beraliran Al Asyariy.

Ini adalah kerana beliau telah mempamerkan Islam dengan baik dan tepat, dalam masa yang sama meraikan cara golongan Salafu Al Saleh yang berdiam diri dari membincangkan persoalan falsafah dan hikmah yang meninggi, namun beliau tidak meninggalkan manusia semasa hidup dalam kebingungan dengan menjawab persoalan-persoalan yang bermain dalam minda minda mereka. Dengan keistimewaan inilah tersebarnya Islam.

Maka di sini, untuk kamu bergelar Al Azhariy, maka kamu perlu berpegang dengan Mazhab Al Asyariy dalam persoalan akidah, perlu mengambil mazhab dalam persoalan Feqah, dan mempunyai prinsip Tawajjuh (Konsep Perjalanan Menuju Allah) dan Akhlak.

Tasauf hakikatnya adalah proses Takhliah (Pengosongan dan Penyucian) dan Tahliah ( Pengisian dan Mencantikkan). Menyucikan diri dari perkara keji dan mengisinya dengan segala yang terpuji. Inilah yang diertikan oleh Al Imam Al Ghazali dalam Ihya Ulumuddin dengan istilahnya yang berbunyi ( Al Muhlikat) Yang Merosakkan dan (Al Munjiyat) Yang Menyelamatkan.

Apabila terhasilnya proses Takhlli dan Tahalli, maka terbitlah Tajjalli ( Manifestasi dan Penzahiran). Di hati dan jiwanya terzahir Allah Subhanahu Wa Taala. Takhalli dari segala yang dilarang oleh Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam, dan Tahalli dengan segala yang disuruh oleh Baginda Sallahu Alaihi Wassalam.

إن الله لا ينظر إلى صوركم و لا أجسادكم و لكن الله ينظر إلى قلوبكم
“Sesungguhnya Allah sesekali tidak memandang kepada bentuk dan tubuh badan kalian tetapi Allah hanya memandang apa yang wujud dalam hati-hati kamu.”

Jalan ini (Perjalanan Menuju Allah, mestilah di dasari dengan Al Quran dan Al Sunnah, seperti yang telah di sebut oleh Sayyidu Al Taaifah Imam Junaid.

Ianya juga perlu diasaskan dari fikir dan zikir. Firman Allah:
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. (Ali Imran)

Hati yang tunduk dan khusyuk, kerana pengetahuan akidah semata-mata adalah berbentuk ilmiah dan saintifik,dan pengetahuan feqah pula adalah berkenaan perintah Allah dan syiar-syiar yang perlu dilaksanakan. Manakala perihal yang dibincangkan di sini adalah berkaitan dengan soal hati dan jiwa.

مَا سَبَقَكُمْ أَبُو بَكْرٍ بِكَثْرَةِ صَوْمٍ وَلَا صَلَاةٍ ، وَإِنَّمَا سَبَقَكُمْ بِشَيْءٍ وَقَرَ فِي صَدْرِهِ
“Tidaklah Abu Bakar memintas kalian dengan banyaknya solat dan puasa. Hanya sanya ia adalah dengan sesuatu yang terpasak dalam dadanya”

Wajib ke atas kita untuk memiliki hati yang tunduk dan khusyuk. Solat bukanlah sekadar meletakkan tangan ditempatnya seperti yang dilakukan oleh Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam, sedang baginda merupakan insan yang sentiasa berdiri di hadapan Maqam Qudsi Rabbaniy, bagindalah Imam ikutan yang bersabda:

صلوا كما رأيتموني أصلي
“Solat lah sebagaimana kamu melihatku solat”

Bukan itu sahaja, kerana itu hanyalah suatu yang boleh diibaratkan seperti bekas kosong yang perlu diisi dengan air.

Oleh itu, untuk kamu bergelar Al Azhariy maka kamu perlu memadukan unsur khusyuk dengan solat. Firman Allah :

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
“ (Mereka yang berjaya) adalah mereka yang dalam solatnya itu khusyuk”

Jadi inilah hakikat seorang Azhariy. Dengan beginilah, kami bertemu guru-guru kami. Mereka terbina di atas aqidah yang tepat, di atas mazhab-mazhab yang menguntungkan dan memudahkan, dan bersuluk menuju Allah Tuhan sekalian alam.

Kebanyakan mereka –Moga Allah meredhai mereka – mengajarkan ilmu dan menyerahkan diri mereka kepada ilmu tidak mengira siang dan malam, atau sama ada dalam keadaan bermukim atau bermusafir. Disebabkan hubungan yang amat rapat dengan ilmu, terserlah dari tangan-tangan mereka karamat wali-wali. Sehingga masyhur di katakan bahawa setiap Al Azhariy punya karamat yang tersimpan. Seseorang dari mereka tidak akan mati melainkan setelah tersingkap karamat mereka.

Namun, karamat yang tertinggi sebenarnya ialah Taufiq dan Istiqamah dengan jiwa yang tunduk dan khusyuk kepada Allah, sehinggalah roh berpisah dari jasad. Karamat tertinggi juga adalah lidahmu sentiasa basah berzikir kepada Allah. Karamat yang tertinggi juga adalah kamu menjiwai hidup bersama Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam. Di sana ada dikalangan manusia yang beriman kepada Rasulullah dengan akalnya sahaja. Ada pula yang mencintai baginda dan hatinya sentiasa ada pada Rasulullah. Tetapi martabat tertinggi yang menjangkaui sifat-sifat tersebut tadi adalah bahawasanya kamu hidup dengan Rasulullah.

Rasulullah yang mengajarkan kepada kita :
أ يكذب مؤمن؟ قال لا
“Adakah seseorang muslim boleh menipu? Kata Baginda : Tidak sesekali!”
Jangan sesekali menjadi penipu. Penipu terhadap diri sendiri, Allah, dan dengan Saudara mara. Dengan cara inilah kamu dapat hidup bersama Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam.

كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع
“Cukuplah seseorang itu digelar penipu dengan hanya menukilkan segala perkara yang didengarnya”
Imam Muslim telah merekodkan dalam Mukaddimah Kitab Sohehnya:

Syu’bah ibn Hajjaj pernah berkata:
إن هذا الأمر دين فانظروا عمن تأخذون دينكم
“Sesungguhnya perkara ini adalah sebahagian dari Agama. Maka perhatilah pada siapa yang kamu ambil darinya Agamamu”

Hiduplah dengan Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam, Sabda baginda:
إنما أنا رحمة مهداة
“Aku hanyalah satu Rahmat yang diutuskan (kepada sekalian alam)”

Firman Allah :
و ما أرسلناك إلا رحمة للعالمين
“Kami tidak mengutuskanmu (Wahai Muhammad) melainkan sebagai Rahmat bagi sekalian Alam”

Sabda Nabi Sallahu Alaihi Wassalam, pada hadis Awwaliyah yang selalu dibacakan oleh guru-guru kita ketika mereka pertama kali bertemu murid-murid:

الراحمون يرحمهم الرحمن تبارك و تعالى ارحموا من في الأرض يرحمكم من في السماء
“ Mereka yang bersifat belas kasihan akan dirahmati oleh Al Rahman. Kasihanilah mereka yang berada dibumi, nescaya kalian akan dikasihi oleh mereka yang berada dilangit”

Allah berfirman :
بسم الله الرحمن الرحيم
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”

Tidak pula Allah berfirman dengan :

بسم الله الرحمن المنتقم
“Dengan Nama Allah Yang Maha Mendendam”

بسم الله الرحمن العظيم
“Dengan Nama Allah Yang Maha Agung”

Walaupun di sana bergabung sifat Kemegahan dan Kecantikan(الجلال والجمال). Allah tidak berkata demikian, Bahkah Allah menghendaki untuk mengekalkan sifat Kecantikan dalam Kecantikan (الجمال في الجمال) .

Bersambung Isi Kedua Jawapan Bagi Soalan Ini,
* Boleh tonton rakaman videonya di: https://www.youtube.com/watch?v=HBnKYdREpgc


*  *  *

Apakah hakikat Manhaj Al Azhar? 


Bagaimanakah seorang pelajar itu layak bergelar Al Azhariy?

((Pendirian Al Azhariy Di Zaman Fitnah Dan Kacau Bilau))

Siapa yang akan kita benarkan? Para pendusta?! Yang telah melakukkan kerosakan di muka bumi ini?! Atau kita akan membenarkan Tuhan Sekalian alam!

Walaubagaimana keadaan sekali pun, akan datang suatu masa, orang yang berpegang dengan agamanya seakan-akan dia memegang bara api. Nabi kita telah menceritakan kepada kita dengan bersabda:

و يكثر الهرج
“Al-Harj akan berleluasa”

Tanya para sahabat, apakah al-Harj itu wahai Rasulullah?

قال: كثرة الكذب و القتل قالوا : يا رسول الله أكثر مما نقتل؟ قال: ليس بذاك! أنتم تقتلون المشركين. حينئذ يقتل الرجل أخاه و يقتل ابن عمه و يقتل جاره. قالوا: أ و معهم عقولهم يا رسول الله؟! قال: يسلب الله عقول أهل هذا الزمان
“ Kata Baginda: (al-Harj) adalah berleluasanya penipuan dan pembunuhan. Kata mereka: Wahai Rasulullah, adakah pembunuhan itu berlaku lebih banyak dari zaman kami?

Jawab Nabi: Bukan begitu, kerana kalian memerangi dan membunuh orang-orang musyrikin. Pada zaman itu, seseorang akan membunuh saudaranya, sepupunya, dan jirannya. Kata mereka: adakah mereka masih mempunyai akal wahai Rasulullah?! Sabda Nabi: Pada ketika itu, Allah akan mencabut akal orang yang hidup pada zaman itu.”

Sabda Nabi Sallahu Alaihi Wassalam:

“Apa yang aku takutkan ke atas umatku adalah lelaki yang diberikan Alllah padanya Al Quran, sehinggalah tampak pada wajahnya keserian, dia berubah. Maka dia keluar ke arah jirannya sambil menghunuskan pedang dan menuduh jirannya itu dengan syirik.

Tanya sahabat: siapakah yang lebih berhak pada ketika itu wahai Rasulullah? 
Yang menuduh atau yang dituduh? Kata Nabi: Bahkan yang menuduh.”

Inilah yang telah kita lihat zaman berzaman. Fitnah dan kacau bilau berlaku berentetan.

Sabda Rasulullah :
القائم فيها خير من الماشي و الجالس فيها خير من القائم
“ (Suatu zaman fitnah nanti) orang yang berdiri lebih baik dari yang berjalan, dan yang duduk lebih baik dari yang berdiri “
إذا استشرفت لها استشرف لك
“Semakin kamu melangkah ke arahnya, semakin ia melangkah ke arahmu”
وقع اللسان فيها كوقع السيف
“Pertembungan lisan pada ketika itu, adalah seperti pedang”
و رب غائب عن الفتنة و هو فيها لأنه يرضى بقلبه
“Terkadang orang yang bukan didalam fitnah, berada(turut terjerumus) di dalamnya kerana dia redha dengan hatinya”
و رب قائم فيها و ليس منها لأنه ينكر بقلبه
“Terkadang orang yang sememangnya berada di dalamnya(fitnah), sedang ia tidak terlibat dengannya kerana dia mengingkari dengan hatinya”
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه و ذالك أضعف الإيمان
“Sesiapa yang melihat kemungkaran maka perlulah dia mengubahnya dengan tangannya. Jikalau dia tidak mampu maka dengan lisannya. Jikalau dia tidak mampu maka dengan hatinya, maka itu adalah selemah-lemah iman”

Kita berada di zaman fitnah, bukan di zaman yang baik. Setiap yang telah dinyatakan oleh Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam, dari alamat-alamat kecil Kiamat telah berlaku, sejak zaman Sahabat lagi. Bahkan alamat Pertengahan telah selesai pada kurun ke 19 Masihi. Lebih dari 70 alamat telah berlaku.
Di zaman fitnah ini, tidak boleh dari kalangan kita menjadi “Imma’ah” (Pak Turut) yang berkata, saya bersama dengan golongan sekian-sekian, jika mereka baik, saya akan turut baik. Jika mereka jahat, saya akan berlaku jahat. Bahkan kita sepatutnya berkata: Jikalau mereka lakukan kebaikan, aku akan turut dalam melakukan kebaikan, jikalau mereka melakukan kejahatan, maka tidak sesekali aku akan menzalimi.


Di zaman fitnah ini, Rasulullah telah bersabda:

تركتكم على مهجة بيضاء ليلها كنهارها لا يزيغ عنها إلا هالك
“Aku telah meninggalkan kamu di atas jalan yang putih dan jelas, yang malamnya adalah seperti siangnya, tidak ada orang yang menyimpang dari jalan tersebut melainkan di akan celaka”

Sabda Nabi :
تركت فيكم ما إن تمسكتم به لن تضل من بعدي أبدا , كتاب الله و عترة أهل بيتي
“Aku telah meninggalkan kamu perkara yang jika kamu berpegang dengannya maka kamu tidak akan sesat setelah ketiadaanku selama-lamanya, ianya adalah Al Quran, dan Ahli keluargaku”

Dalam riwayat Ahmad:
كتاب الله و سنتي
“Al Quran dan Sunnahku”

Baginda telah meninggalkan Al Quran, dan Allah telah menjaganya. Baginda telah meninggalkan ahli keluarganya, dan Allah juga telah menjaganya. Begitulah halnya pada Al Sunnah. Segalanya berada dibawah kekuasaan Allah. Maka sesiapa yang ingin meragu-ragukan kamu pada Al Quran, atau Al Sunnah, atau Ahli Bait Nabi Sallahu Alaihi Wassalam, ketahuilah bahawa dia telah celaka, dan ketahuilah bahawa dia cuba memperdayakanmu dari pintu yang lain.

Antara yang telah ditinggalkan oleh Nabi Sallahu Alaihi Wassalam,adalah sabda baginda:
لا حول و لا قوة إلا بالله كنز من كنوز العرش
“ kalimah(Tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah) adalah khazanah dari khazanah-khazanah Arasy”

Ini sebenarnya adalah suatu rahsia dan hakikat yang amat besar sekali. Ibnu Ato'illah al-Sakandari telah menulis kitab Al Hikam sebagai suatu syarahan bagi kalimat لا حول و لا قوة إلا بالله.
Namun semasa ini, kita telah mendengar mereka yang melaung-laungkan : 'Kita punya upaya dan kekuatan!'. Kita mampu.. kita mampu!.. 

Sedang Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam tidak pernah mengajarkan kepada kita perkara sebegitu.
Rasulullah telah bersabda:

إذا رأيت هوى متبعا و إعجاب كل ذي رأي برأيه و شحا مطاع و دنيا مكثرة و عليك بخاصة نفسك و دع عنك أمر العام
“Jika kamu lihat di sana hawa nafsu yang diikuti, mereka yang punya pandangan takjub dengan pandangan masing-masing, kebakhilan diri mula di taati, perihal dunia menjadi rebutan, maka wajib ke atas kamu untuk menyendiri dan jangan ambil peduli urusan umum manusia”

Bersendirilah bersama murid-muridmu dan sahabat-sahabatmu.

Dalam riwayat yang lain:
خويصة نفسك
(ambil berat hanya pada diri kamu)
Sabda Nabi lagi:
و كن حلسا من أحلاس بيتك
“Jadilah kamu ibarat perabot-perabot rumah(kekal duduk dirumah)”
Sabda Nabi lagi:
و إن كان في الأرض خليفة فالزم الخليفة و لو ضرب ظهرك و أخذ مالك
و إن لم يكن فالهرب الهرب
“ Jika di sana wujud khalifah(Pemerintah) maka kekallah kamu dibawah naungan mereka, sekalipun mereka menyebat belakangmu dan merampas harta-hartamu. Dan jika khalifah tiada, maka larilah, dan turus lari.”

Nabi telah berkata “ Jika di sana wujud khalifah(Pemerintah) maka kekallah kamu dibawah naungan mereka, sekalipun mereka menyebat belakangmu dan merampas harta-hartamu.”

Jelas tampak pemerintah ini zalim. Tetapi wajib ke atas kita untuk kekal taat setia berada di naungannya. Nabi telah mengajarkannya kepada kita.

Tetapi satu golongan ini mengatakan: Tidak! Wajib keluar memberontak!

Dalam hal ini, siapakah yang perlu aku ikuti?!

Tentu sekali Rasulullah!!

Sabda Nabi: "Dan jika khalifah tiada, maka larilah, dan turus lari.”

Yakni beruzlahlah walau kamu terpaksa memakan akar kayu sehingga mati sedang diri kekal beriman kepada Allah dan hari Akhirat.

Apakah ini?! Inilah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam. Suatu jalan yang jelas. Bahkan kita sendiri yang menyesatkan diri kita!

Apakah yang telah berlaku? Dan bagaimanakah saya layak bergelar Al Azhariy?

Khalifah tiada. Adakah kita perlu membina jemaah untuk mengembalikan khilafah? Demi Allah Nabi tidak langsung menyuruh kita berbuat demikian. Bahkan Nabi menyebut: Lari dan terus Lari! Namun realiti hari ini menyaksikan ada kelompok yang menyatakan “Tidak”! kerana kita punya upaya dan kekuatan. Sedang Nabi berkata “ Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah “.

Mereka berkata lagi “ Kami mampu mengembalikan khilafah”.

Sedang Allah berfirman:
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
26. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan Yang mempunyai Kuasa pemerintahan! Engkaulah Yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang mencabut Kuasa pemerintahan dari sesiapa Yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga Yang memuliakan sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang menghina sesiapa Yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya Segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Mereka berkata : Kami akan mengembalikan kuasa untuk diri kami! Namun mereka gagal sejak 80 tahun dahulu.

Kejatuhan khilafah adalah pada 6 Mac 1924. Sebelum itu, khilafah sebenarnya telah jatuh, pada 1922, pada ketika itu, khilafah telah secara rasmi terpisah dari sistem pemerintahan. Manakala pada 1924, diisytihar pula secara rasmi pemansuhan khilafah secara keseluruhannya atas sebab ianya seratus peratus datang dari ajaran agama. Maka merdekalah Turki dengan sendiri dan berakhir khilafah buat pertama kali dalam sejarah Islam.

Mari kita bertanya kepada Rasulullah:
Adakah kita sekarang ini dalam hal biasa atau hal terkecuali?
Nabi pasti akan berkata : Kamu sekarang berada pada hal terkecuali! Kerana ianya tidak pernah berlaku sejak kebangkitan Rasul sehingga hari ini.

Wahai Rasulullah apakah nasihat kamu buat kami?

Nabi akan menjawab: Lari dan terus lari!

Kata mereka: Tidak! Mari kita mengasaskan jemaah dan lakukan amar ma’ruf nahi mungkar.. kemudian mereka memperindahkan seruan dan memaniskan kata-kata. Sedang kita sepatutnya berkata:

Aku tiada kaitan dengan mereka, tiada kaitan dengan realiti dan seluruh alam. Kaitan aku hanya dengan Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Sallam!

Rasulullah tidak langsung menyuruh kita membina puak, atau membeli senjata dari Amerika untuk digunakan bagi membunuh umat Islam, dan dengan itu memburukkan imej Islam di mata dunia. Kita sedang hidup dalam dunia fitnah sejak 80 tahun yang lalu. Al Azhar menyeru kita untuk bertaqwa kepada Allah,

وَمِنَ النَّاسِ مَن يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ (204) وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِي الْأَرْضِ لِيُفْسِدَ فِيهَا وَيُهْلِكَ الْحَرْثَ وَالنَّسْلَ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْفَسَادَ (205) وَإِذَا قِيلَ لَهُ اتَّقِ اللَّهَ أَخَذَتْهُ الْعِزَّةُ بِالْإِثْمِ ۚ فَحَسْبُهُ جَهَنَّمُ ۚ وَلَبِئْسَ الْمِهَادُ (206) وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ (207) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ (208(
204. dan di antara manusia ada orang Yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan Engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah Dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa Yang ada Dalam hatinya, padahal ia adalah orang Yang amat keras permusuhannya (kepadamu).

205. kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.

206. dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah Engkau kepada Allah" timbulah kesombongannya Dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan Demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.

207. dan di antara manusia ada Yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.

208. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.

Apakah yang telah berlaku? Apakah makna Aku seorang Al Azhariy?

Kita telah mempelajari bahasa Arab, Usul Fiqh, tempat-tempat percanggahan dan khilaf yang berlaku di sisi ulama Islam. Kita juga telah mempelajari Al Quran Al Karim dengan Tafsirannya, begitu juga Al Sunnah Nabi yang mulia beserta syarahan dan huraiannya. Kita telah mempelajari kesemua ilmu-ilmu tersebut, sehingga mampu mengetahui alat yang digunakan untuk mentafsir. Itulah perbezaan antara Al Azhariy dan Ikhwah( Saudara-saudara kita yang lain), dan lalang-lalang ini yang telah disifatkan oleh Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam dengan :

أحداث الأسنان سفهاء الأحلام يقولون بكلام خير البرية لا يجاوز إيمانهم تراقيهم
“ Masih bergigi susu, remaja jahil, berucap dengan ucapan Nabi, namun iman mereka tidak menjangkaui halqum mereka”
Merekalah yang telah baginda sifatkan dengan:
تحقرون صلاتكم إلى صلاتهم و صيامكم إلى صيامهم
“ Kalian akan merasakan solat kalian tampak hina/sedikit jika dibandingkan dengan solat mereka, dan puasa kalian juga(tampak hina) berbanding (kesungguhan)amal puasa mereka”

سيخرجون من ضئضئ هذا قوم يحسنون قيل و يسيؤون الفعل لئن أدركتهم لأقتلنهم قتل عاد
“ Akan terbit dari zuriat lelaki ini kaum yang pandai berkata kata tetapi buruk amalannya. Jikalau aku sempat berjumpa mereka tentu aku akan perangi mereka seperti diperangi kaum Ad”

Kata Baginda lagi:
طوبى لمن قتلهم و قتلوه
“ Alangkah bagusnya bagi mereka yang membunuh mereka dan dibunuh oleh mereka”
Ini seakan-akan Rasulullah telah membunuh mereka.

Nabi telah meninggalkan kita di atas jalan yang jelas, malamnya adalah seperti siangnya.
Baginda telah bersabda:
الخوارج كلاب أهل النار
“Khawarij adalah anjing ahli neraka”

Saidina Ali pernah ditanya tentang perihal Khawarij: Adakah mereka telah kafir? Jawab saidina Ali,
هم إخوة لنا بغوا علينا
“Mereka adalah saudara(seislam) kami yang memusuhi kami”

Kenapa mereka digelar anjing ahli neraka? Ini kerana mereka telah menutup jalan-jalan Allah, dan kerana kejahilan mereka. Mereka juga telah menjadi hijab antara manusia dan Tuhan mereka.

Inilah Al Azhariy. Al Azhar telah pergi ke Russia, Amerika sejak awal kurun ke 19. Tidak pernah kita dengar sesuatu tentang mereka melainkan segalanya baik belaka. Mereka hidup dengan harmoni, menyampaikan risalah dan menjadi contoh ikutan yang baik. Al Azharlah yang telah mengasaskan Pusat Islam di Amerika, London, Leningrad dan seterusnya. Namun tatkala muncul mereka ini, mereka telah menebalikkan piramid agama. Piramid bucunya di atas, dan tapaknya di bawah. Mereka telah menebalikkannya dan menjadi bucu di bawah dan tapak di atas. Jika kamu bawakan piramid yang terbina dan lakukan sedemikian nescaya ianya pasti runtuh.

Sejak 1975, mereka adalah rujukan utama dalam permasalahan agama. Pada tahun 2000, yakni 25 tahun selepasnya, bermakna selepas 70 tahun institusi Al Azhar memegang tampuk rujukan bagi Syariat Islam bagi seluruh dunia, berlaku pengeboman menara PWTC di New York. Sehinggalah tertimpa ke atas kita bala yang tidak mampu kita tepis. Setelah itu, datang tentera Amerika untuk menjajah Iraq, dan Afghanistan. Kemudian kita diperangi di Kosovo, Chechnya, Kashmir, dan Palestin. Setelah sepuluh atau 15 tahun, dan saya telah sebutkannya di atas mimbar Masjid Sultan Hasan, strategi mereka untuk memecah belahkan Mesir, Syria, Lubnan, Iraq, Sudan, Saudi, Yaman, Libya, Morocco dan Algeria. Saya telah mengingatkan tentang perkara tersebut. Dirakam secara video dan suara, maka rujuklah.

Setelah semua ini, tidakkah ada dikalangan kamu, orang yang pintar dan memahami?!
Setelah tentera Mesir berjaya untuk menghentikan strategi tersebut, letupan berlaku di serata tempat. Siapakah di sebalik semua ini? Adakah di sebaliknya orang yang mahukan kebaikan untuk Islam? Adakah di sebaliknya orang yang mengikuti Rasulullah Sallahu Alaihi Wasllam?! Tidak sesekali! Ini adalah musibah hasil mengingkari arahan dan petunjuk Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam. Mereka telah mengingkari baginda, maka Allah tidak sesekali akan memberikan taufiq kepada mereka. Kenapa? Kerana hati mereka gelap, kerana tidak mengikuti Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam. Kita tiada kaitan dengan parti politik, ideologi, dan lain-lain lagi. Kita di sini memperkatakan tentang persoalan mengikuti Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam.

Berpeganglah dengan baginda, kerana bagindalah pintu kalian kepada Allah. Tiada pintu yang lain selain baginda. Cintailah baginda, hiduplah bersama baginda, pulanglah kepadanya, rujuklah sunnah dan sirahnya, teladanilah baginda:

لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله و يوم الأخر
“ Sesungguhnya bagi kalian pada Rasulullah itu ikutan terbaik buat mereka yang menginginkan Allah dan hari Akhirat”

Inilah jawapan bagi soalan tadi, dan Allah lebih mengetahui.

Siapakah Al Azhariy?
Al Azhariy adalah mereka yang beraliran Al Asyariy dalam soal akidah, bermazhab dalam soal Feqah, dan punya tawajjuh Kesufian, dan mereka yang ingin menjadi seperti hāl dan akhlak Nabi Sallahu Alaihi Wasallam, dan berada di atas manhaj Nabuwwah.

Mereka menggalas tugas ilmu ini, tidak menginginkan dari sesiapa balasan mahupun terima kasih. Bahkan mereka menanggung bebanan ini ikhlas kerana Allah,dan dengan zikir dan fikir. Menanggungnya kemudian menyampaikan kepada orang selepasnya.

Menanggungnya atas kecintaan kepada Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam

Menanggungnya sedang hatinya merisaui umat manusia

Dia ingin menjadi petunjuk buat manusia dan rahmat buat mereka.

Dia sesekali tidak seperti mereka yang jahil dan kasar, serta merosakkan imej Islam.
Semua ini adalah sifat seorang Al Azhariy...

* Boleh tonton rakaman videonya di:
https://www.youtube.com/watch?v=HBnKYdREpgc


Oleh : Akademi Pemikiran Turath, Kaherah
Share this article :

Post a Comment

 
| | | |
Copyright © 2014. Qalam Wildan - All Rights Reserved
Template Modified by Qalam Wildan
Proudly powered by Wa ma taufiqi illa billah