Ada Apa Pada Pena Andai Tiada Peluru Ilmu?

Nasihat Buat Penuntut Ilmu Mubtadi'

0 comments

Nasihat Buat Penuntut Ilmu Mubtadi' 

Oleh - Fadhilatus Shaykh Al-Allamah Saeed Abdul Lateef Foudah hafizahullah taa'la.




أوصي القارئ للمتون الشرعية أن يقتصر على المتن، وأن لا يلجأ إلى ما في الحواشي إلا عند الحاجة، لا سيما عند قراءة الكتاب لأول مرة، فإنه بهذا يحافظ على ذهنه من الشرود والتقطع بين المتن والحاشية. ثم لا مانع أن ينظر في الحاشية عند استشكال أمر أو مسألة، أو بعد إكمال الكتاب وفهم ما فيه.

واعلم أن القراءة الثانية والثالثة للكتاب في غاية الإفادة كما نبه عليه سادتنا العلماء، فقد كانوا يقرؤون الكتاب مرات عديدة قبل أن ينتقل إلى غيره من الكتب، وقد ذكر عن السيد الشريف الجرجاني أنه قرأ شرح المطالع في علم المنطق أكثر من أربعة عشر مرة قبل أن يذهب إلى مصنفه وهو العلامة القطب الرازي لقراءته عليه، وأخبار الفقهاء وأحوالهم في قراءة الكتب أشهر من أن نذكرها، فبعضهم كان يسمى بالمنهاجي لملازمته قراءة المنهاج للإمام النووي في الفقه، ومنهم من قرأ كتاب الرسالة للإمام الشافعي أكثر من ثلاثين مرة، وفي كل مرة يدرك منه ما لم يدركه سابقا.

وهكذا فتكرار القراءة هي أهم خطوة يفتقر إليها أفراد هذا الجيل. فمن وفقه الله تعالى فتوجه لطلب العلوم، فإنه غالبا لا يعرف طريقة الطلب، فتراه يشرع في قراءة كتاب ثم وقبل أن يحقق مطالبه ويفهم مسائله ينتقل إلى كتاب آخر، وهكذا، وتكون النتيجة هي عدم إحاطة وتمكن هذا القارئ بشيء من الكتب، عدا عن ما يتسبب فيه هذا الأسلوب من إضاعة الوقت والجهد، وتشتيت التركيز.
ولهذا كان السادة العلماء ينصحون بالتزام كتاب واحد في بداية الطلب، ثم بعد تحقيق مسائله فلهم أن ينتقلوا إلى كتاب آخر، بل هذا الانتقال، أي قراءة أكثر من كتاب في نفس العلم، يكون من ألزم الواجبات في حق من يريد التحقيق في العلوم، والوصول إلى الغاية فيها. وما التوفيق إلا من عند الله



“Aku menasihati para pembaca matan (penuntut ilmu peringkat mubtadi’) supaya menumpukan perhatian hanya kepada matan, dan tidak menelaah pada hasyiah terlebih dahulu ; kecuali ketika berhajat (kepadanya), terutamanya pada pembacaan buat kali pertama. I

ni kerana, ia mampu menjaga mindanya daripada kekeliruan dan terputus-putus, antara matan dan hasyiah. Namun, tiada halangan baginya untuk merujuk kepada hasyiah apabila wujud keraguan pada suatu perkara atau masalah, atau selepas mana dia telah menghabiskan kitab dan faham apa yang ada di dalamnya.

Ketahuilah bahawa bacaan kali kedua dan ketiga bagi sesebuah kitab mempunyai faedah yang banyak, sepertimana telah ditegaskan oleh para ulama’.

Sesungguhnya mereka membaca sesebuah kitab beberapa kali sebelum berpindah kepada kitab-kitab yang lain. Telah diceritakan tentang As-Sayyid Asy-Syariff Jurjaniy, bahawa dia telah membaca Syarh Matoli’ dalam ilmu mantiq, lebih daripada 14 kali sebelum dia pergi kepada pengarang kitab itu sendiri, iaitu Al-Imam Ar-Razi rahimahullah untuk belajar dengannya.

Begitulah cerita tentang para ulama’ dan keadaan mereka dalam pembacaan kitab yang masyhur untuk kita menyebutnya, sehinggakan diantara mereka ada yang digelar ‘Al-Minhaji’ kerana kelaziman mereka dalam menelaah kitab Al-Minhaj karangan Al-Imam An-Nawawi di dalam ilmu Fiqh. Diantara mereka ada yang membaca kitab Ar-Risalah karangan Al-Imam Asy-Syafie sebanyak 30 kali, setiap kali pembacaan mereka pasti mengetahui sesuatu yang baru, yang tidak pernah mereka ketahui pada pembacaan sebelumnya.

Maka dengan itu, mengulang-baca sesebuah kitab merupakan langkah yang paling penting yang diperlukan bagi setiap seorang (penuntut ilmu) daripada generasi ini. Sesiapa yang diberikan taufiq oleh Allah s.w.t dan kemudian dia pergi menuntut ilmu (tanpa panduan), pada kebiasaan mereka tidak mengetahui cara sebenar dalam menuntut ilmu. Kamu melihatnya mempelajari sesebuah kitab, tapi sebelum mereka merealisasikan tuntutan-tuntutan serta memahami permasalahan yang ada padanya, mereka berpindah kepadakitab yang lain.

Begitulah, maka natijahnya adalah tiadanya penguasaan dan kemantapan para pembaca (penuntut ilmu) ini terhadap sesuatu pun terhadap kitab yang dibacanya, kecuali apa yang dihasilkan daripada cara ini (iaitu tidak menguasai sesebuah kitab dengan baik) hanyalah pembuangan masa dan tenaga, serta pemecah-belahan tumpuan.

Justeru itu, para ulama’ telah memberi nasihat supaya beriltizam dengan sebuah kitab pada permulaan dalam jalan menuntut ilmu, kemudian selepas itu, apabila mereka mendapati ada permasalahan padanya, maka mereka perlu untuk berpindah kitab yang lain, akan tetapi perpindahan ini, iaitu pembacaan lebih dari satu kitab dalam displin ilmu yang sama, menjadi satu kewajipan yang lazim bagi sesiapa yang mahukan kepada ketepatan di dalam ilmu dan untuk sampai kepada tujuannya (iaitu pemahaman yang kukuh).
Tiadalah taufiq itu melainkan di sisi Allah jua.”

Link Asal :

https://www.facebook.com/saeedfodeh/photos/a.178890485527404.44966.121446784605108/699956393420808/?type=1&theater

Terjemahan oleh : Akademi Pemikiran Turath
Share this article :

Post a Comment

 
| | | |
Copyright © 2014. Qalam Wildan - All Rights Reserved
Template Modified by Qalam Wildan
Proudly powered by Wa ma taufiqi illa billah