Ada Apa Pada Pena Andai Tiada Peluru Ilmu?

Bolehkah Seorang Al Azhari Menyertai Parti Politik?

0 comments



Adakah seorang Al Azhariy boleh untuk menyertai parti politik?


Jawapan:

Ya, boleh untuk seorang Al Azhariy menyertai parti politik, tetapi bukan menganggapnya sebahagian dari perintah agama, bahkan hendaklah dia menganggap bahawa ianya adalah satu aktiviti bertitik-tolak dari kewarganegaraannya, bermatlamatkan untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Ini kerana politik mempunyai dua makna; Makna pertama adalah makna politik umum, makna kedua adalah makna kepartian.

Politik dengan makna umum yang pertama, adalah menjaga dan memelihara hal ehwal dalam dan luar umat. Dengan makna ini, setiap individu dari umat ini wajib terlibat di dalamnya. Wajib untuk kita menjaga hal ehwal umat kerana Nabi telah bersabda :

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منا
“Barangsiapa yang tidak mengambil peduli urusan dan hal ehwal umat Islam, maka dia bukanlah dari kalangan kami”

Manakala politik dengan erti kata kepartian, maka sesebuah parti punya agenda tersendiri dalam mengislah ekonomi, sosial, pendidikan, pentadbiran atau pengurusan, ianya adalah suatu yang tiada kaitan dengan agama yakni Islam tidak menaskan atau memberi dan menentukan gambaran baginya, sepertimana agama tidak memberikan gambaran atau bentuk buat sesebuah masjid, tempat tinggal, pakaian misalnya, atau makanan, bahkan Nas hanya menyatakan :

وكُلُواْ وَاشْرَبُواْ وَلاَ تُسْرِفُواْ إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
“Makanlah dan minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas” (Al A’raf 31)

Begitu juga halnya berkenaan pemilihan makanan, Syarak hanya menyatakan:

فَلْيَنظُرْ أَيُّهَا أَزْكَىٰ طَعَامًا
19. Biarlah Dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan Yang lebih baik lagi halal (Al Kahfi)
Di sebut dalam ayat ini hanya perkataan (yang lebih baik lagi halal). Apakah yang dimaksudkan dengan kalimat tadi?

Setiap bangsa berbeza-beza dalam menentukan makanan yang lebih baik bagi mereka. Ianya berdasarkan selera kebiasaan kamu, bahkan ianya juga berdasarkan perbezaan iklim sesebuah Negara. Buah-buahan atau sayuran di Malaysia adalah tidak sama seperti buah-buahan atau sayuran yang terdapat di Mesir contohnya. Jambu dan Gargil (Sejenis sayuran yang popular di bumi Mesir) yang terdapat di sini, tidak terdapat di sana. Begitulah.

Allah telah menjadikan makanan buat manusia dalam pelbagai jenis dan bentuk, tetapi Allah tidak menentukan jenis tertentu yang perlu dimakan oleh kita. Baginda Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam, ketika dihidangkan di hadapan baginda masakan Dhob, baginda tidak selera untuk memakannya. Kemudian para Sahabat bertanya: Adakah ianya haram? Wahai Rasulullah. Jawab baginda:

“Tidaklah ianya haram, tetapi makanan ini tidak biasa dimakan di tempatku. Maka tatkala aku melihatnya aku tidak berselera untuk memakannya”

Diriwayatkan juga bahawa Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam tidak memakan arnab. Terdapat banyak bangsa yang tidak memakan arnab, tetapi masyarakat Mesir memakannya.

Jadi, di sana terdapat ruang kehidupan yang ditinggalkan oleh agama untuk kita. Diantaranya adalah politik dengan makna kepartian. Maka seseorang boleh menyertai mana-mana parti, tetapi bukan kerananya ianya adalah satu seruan dari agama tetapi adalah kerana dia ingin untuk berkhimat kepada manusia dan masyarakat, atau kerana dia berpuas hati dengan agenda yang dikemukakan oleh satu-satu parti, atau dia melihat bahawa agendanya adalah lebih baik dari yang lainnya. Kesemua itu dalam lingkungan perkara yang harus.

Boleh Tonton Video Di Link Berikut:
https://www.youtube.com/watch?v=0DVR3TpElQM

Oleh : Akademi Pemikiran Turath, Kaherah
Share this article :

Post a Comment

 
| | | |
Copyright © 2014. Qalam Wildan - All Rights Reserved
Template Modified by Qalam Wildan
Proudly powered by Wa ma taufiqi illa billah