Ada Apa Pada Pena Andai Tiada Peluru Ilmu?

Ke Arah Menghidupkan Kembali Elemen Manhaj Al Azhari Yang Bercahaya - Bahagian 2

0 comments

Ke Arah Menghidupkan Kembali Elemen Manhaj Al Azhariy Yang Bercahaya

Terjemahan : Al Ihya Al Kabir Li Ma'alim Al Manhaj Al Azhariy Al Munir



Elemen Kedua:

[Mengambil Berat Terhadap Penguasaan Ilmu Alat]

Ianya adalah manhaj, yang memberi perhatian dan penekanan dalam memberi penuntutnya gambaran lengkap dan sempurna, serta kemahiran yang kukuh dalam ilmu Alat; seperti Nahu, Shorof, Isytiqaq, Seni-seni Balaghah, Usul Fiqh, Ulum Hadis, Seni-seni Balaghah, Usul Fiqh, Ulum Hadis, dan selainnya yang membantu para penuntut ilmu, dan mengurniakan mereka keahlian bagi menyelami dan memahami makna-makna yang terdapat di dalam Al Quran dan Al Sunnah secara bermanhaj dan terpandu. Ini dapat disempurnakan dengan mengikuti manhaj yang muktabar, maka pelajar akan bermula dari tangga awal iaitu pendahuluan Ilmu (Muqaddimah) dan akan sampai ke tangga yang berikutnya iaitu perincian secara halus dan mendasar (Daqaiq).

Ini seakan-akan, elemen pertama iaitu “lama tempoh ketika belajar di bawah seliaan ulama”, telah menghasilkan elemen yang kedua, pada sudut, persahabatan dan pergaulan yang lama ketika belajar telah menghasilkan perpindahan ilmu dan kefahaman kepada penuntut ilmu tersebut.

Bersambung...
Share this article :

Post a Comment

 
| | | |
Copyright © 2014. Qalam Wildan - All Rights Reserved
Template Modified by Qalam Wildan
Proudly powered by Wa ma taufiqi illa billah