Ada Apa Pada Pena Andai Tiada Peluru Ilmu?

Ke Arah Menghidupkan Kembali Elemen Manhaj Al-Azhari Yang Bercahaya - Bahagian 1

1comments

Ke Arah Menghidupkan Kembali Elemen Manhaj Al Azhariy Yang Bercahaya



Terjemahan : Al Ihya Al Kabir Li Ma'alim Al Manhaj Al Azhariy Al Munir

Karya:
Fadhilatus Syaikh Dr. Usamah Sayyid Al Azhariy

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ke atas penghulu kita Muhammad ﷺ yang dikurniakan secara khusus baginya Jawami’e Kalim dan Majami’e Al Hikam, pemuka bagi golongan terdahulu, dan terkemudian. Ya Allah, rahmatilah, dan sejahteralah, serta berkatilah ke atas baginda, para keluarga baginda, para sahabat baginda, dan sesiapa yang mengikuti jejak langkah mereka dengan baik hingga ke hari kiamat.
Adapun setelah dari itu:
Maka sesungguhnya, sebahagian institusi ilmu telah bangkit menunaikan tanggungjawab, memikul amanah agama ini. Padanya, termaktub alamat kabul di sisi Allah dan diterima pakai oleh umat Islam secara sepakat. Institusi-institusi inilah yang bangun berkhidmat untuk agama Allah, dan menyebarkannya sejak berkurun lamanya. Sehingga, ianya ibarat mata bagi umat Nabi Muhammad ﷺ, digunakan untuk melihat peristiwa yang berlaku dan metodologi atau manhaj yang wujud. Bukan itu sahaja, bahkan ianya juga bertindak sebagai wakil buat umat, dalam mengemukakan pendapat sama ada berkata “Ya” atau “Tidak” dalam satu-satu perkara.
Di antara sekalian institusi tersebut, Al Jam’ie Al Azhar – semoga Allah meninggikan lagi martabatnya serta kedudukannya – telah menduduki tempat yang teratas. Ia zaman berzaman telah mengeluarkan sebilangan ulama-ulama terbilang untuk umat bertuah ini, dan di sana jugalah tersemat peristiwa dan pendirian mereka yang yang gah lagi agung. Di sanalah jugalah terpancar cahaya ilmu, makrifat, dan hidayah ke seluruh umat di timur dan di barat.
Saya telah mengamati manhaj Al Azhar, pada sudut, dari mana terbitannya, dan bagaimana ianya terbina. Sehinggalah dari hasil penelitian terhadap sejumlah Stratifikasi (Tabaqat) Ulama dan Tokoh-tokohnya, ilmu-ilmu, dan teks-teks yang diajarkan di sana serta kesan yang ditinggalkannya terhadap manusia zaman berzaman, saya telah mengeluarkan beberapa keistimewaan, sifat-sifat, dan unsur-unsurnya yang ibarat ruh yang mengalir dalam setiap aktiviti sarjana-sarjananya, tulisan-tulisan dan pendirian mereka.
Oleh itu, saya memilih untuk mengekstrak sejumlah unsur-unsur tersebut dan memuatkannya di sini, dengan harapan bagi memudahkan para pelajar untuk menghafalnya. Ini juga supaya ianya menjadi neraca yang membezakan antara manhaj-manhaj yang lurus lagi sempurna dengan yang lainnya.
Kepada Allah sahajalah tempat bergantung dan dariNya ku pohon taufiq.
Di sebalik elemen-elemen ini, terdapat Penstrukturan ilmu secara mengakar (T’ashil), pendalilan (Istidlal), dan model seni praktis secara jelas yang tidak memungkinkan untuk dimuatkan di dalam risalah kecil ini.
Semoga Allah membantu usaha untuk memperincikan lagi elemen-elemen yang akan disebutkan ini di dalam buku yang berasingan.
Jika kita meneliti secara mendalam, kita pasti akan mendapati unsur-unsur inilah yang terpasak kuat, dikenali, dan wujud dalam kurikulum pendidikan yang wujud dalam institusi ilmiah terkemuka di timur dan barat, seperti Jami’e Al Zaitun di Tunisia, Jami’e Al Qarawiyyin di Fes, Jami’e Al Umawi di Damsyik, Jami’e Al Fatih di Istanbul, Madrasah-madrasah agung di Hadramaut, Sana’a, India, Syinqit, dan lain-lain lagi. Ditambah lagi dengan cawangan-cawangan bagi setiap institusi tersebut yang tersebar secara meluas ke seluruh pelosok dunia.
Objektifnya di sini adalah untuk memperingatkan kembali tentang elemen-elemen asas lagi penting tersebut, kerana ianya adalah necara penting buat ilmu. Saya ingin supaya kesemua yang disebut ini adalah ibarat “Matan” (Teks-Teks Ringkas Yang Padat), yang dapat dihafal oleh para penuntut ilmu, maka dengan itu, ilmu akan mudah dikuasai dan difahami, justeru berguna sebagai pedoman bagi mereka untuk melangkah lebih jauh ke hadapan.
Elemen Pertama:
[Bersambung Sanad (Silsilah) Ilmiah secara Riwayah, Dirayah, dan Tazkiyah]
Antara keistimewaan manhaj Al Azhariy adalah ilmu-ilmu dan pengetahuannya diperturunkan secara warisan, dinukilkan dengan silsilah yang bersambung dan berturutan. Ilmu tersebut diambil oleh satu generasi dari satu generasi dengan sanad yang bersambung, dan kefahaman yang diwarisi.
Seseorang dari penuntutnya, tidak akan mengemukakan dirinya bagi mengajar atau berfatwa melainkan setelah selesai proses pembelajaran secara langsung dan berdepan dengan para ulama, dan pergaulan serta iltizam yang lama bersama mereka, sehinggalah selepas itu, mereka dikurniakan keizinan dan ijazah untuk meriwayat, mengajar, mengarang, dan menyampaikan ilmu.
Jika kamu bertanya kepada salah seorang dari mereka tentang guru-guru mereka, pasti dia akan menyatakan sebilangan dari guru-gurunya. Seterusnya jika kamu bertanya lagi tentang:
“Berapa lamakah kamu melazimi dan bergaul dengan guru-guru kamu itu?”
Tentu dia akan menjawab bahawa dia telah melazimi mereka dalam tempoh yang lama, sehingga mereka dapat memahami dari guru-guru mereka manhaj-manhaj pemahaman, serta mengetahui pintu-pintu atau ruang-ruang makrifat.
Hal ini amat berbeza sekali dengan manhaj-manhaj lain. Bahawasanya ianya terputus dan tergantung. Seseorang boleh untuk melangkah ke hadapan dan menggelar diri sebagai ilmuan, tanpa melalui proses ambilan ilmu dan beriltizam lama bersama para ulama.
Jika kamu bertanya kepada salah seorang dari mereka:
“Berapa lama kamu lazimi gurumu?”
Dia akan menjawab, saya pernah bertemunya sekali dua, atau melaziminya selama beberapa jam!!
Maka, bagaimanakah mungkin dirinya memperoleh ilmu?!! Dan bagaimanakah mungkin kefahamannya dapat diyakini?!!

Bersambung....

Oleh : Akademi Pemikiran Turath. Kaherah
Share this article :

+ comments + 1 comments

March 4, 2020 at 1:23 AM

This way my pal Wesley Virgin's autobiography begins in this SHOCKING AND CONTROVERSIAL VIDEO.

You see, Wesley was in the army-and shortly after leaving-he found hidden, "SELF MIND CONTROL" tactics that the CIA and others used to get anything they want.

THESE are the exact same methods many celebrities (notably those who "come out of nowhere") and top business people used to become wealthy and successful.

You probably know how you utilize only 10% of your brain.

That's really because the majority of your BRAINPOWER is UNCONSCIOUS.

Perhaps that conversation has even occurred INSIDE your very own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head 7 years ago, while driving a non-registered, beat-up garbage bucket of a vehicle without a driver's license and with $3 on his bank card.

"I'm so fed up with going through life check to check! When will I get my big break?"

You took part in those questions, am I right?

Your own success story is waiting to be written. All you need is to believe in YOURSELF.

Take Action Now!

Post a Comment

 
| | | |
Copyright © 2014. Qalam Wildan - All Rights Reserved
Template Modified by Qalam Wildan
Proudly powered by Wa ma taufiqi illa billah