Ada Apa Pada Pena Andai Tiada Peluru Ilmu?

Kitab : Tijan Al Darrariy Syarh Risalah Al Bajuri

0 comments

TEKS SILIBUS BAGI PENGKHUSUSAN AQIDAH ISLAMIAH



_ Kitab Tijan Al Darrariy Syarh Risalah Al Bajuri _

Kitab ringkas yang mengandungi perbahasan berkenaan Aqidah Islamiah beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaah setebal 57 muka surat ini adalah sebenarnya terdiri dari Matan (Teks Ilmu yang ringkas dan padat), Dan Syarah (Huraian terhadap Matan tersebut).

Matan kitab ini adalah hasil karya Syeikh ul Islam Ibrahim Al Bajuri, tokoh ulama Islam yang amat masyhur dan tidak asing lagi bagi penuntut-penuntut Ilmu-ilmu Islam. Beliau pernah menjawat jawatan Syeikh ul Azhar pada tahun 1264 Hijrah sehingga kewafatan beliau pada tahun 1276 Hijrah.

Manakala syarahan bagi matan tersebut adalah hasil karya Al Allamah Syeikh Muhammad Nawawi Al Jawi, tokoh ulama Islam kelahiran Banten Indonesia. Memperoleh jolokan gelaran “Sayyid Ulama Al Hijaz” (Penghulu bagi Ulama Tanah Hijaz) kerana kehebatannya dalam pelbagai bidang ilmu agama seperti ilmu Tafsir, Fiqh, Usul Fiqh, Akidah, dana lain-lain lagi. Bahkan, karya Tafsir beliau yang diberi nama Mirah Labid Li Kasyf Maaniy al Quran Al Majid telah membuatkan para Ulama Islam sezamannya merasa takjub dengan kehebatan dan keluasan ilmu ulama kelahiran Nusantara ini. Beliau wafat pada tahun 1316 Hijrah, bersamaan dengan 1898 Masihi.

Moga Allah merahmati dan meredhai kedua-dua tokoh ini atas khidmat mereka yang besar ini kepada Umat Islam.

Cukuplah dengan kehebatan kedua-dua tokoh ini, menandakan kehebatan isi yang terkandung di dalam kitab Tijan Al Darariy ini.


Oleh : Akademi Pemikiran Turath, Kaherah
Share this article :

Post a Comment

 
| | | |
Copyright © 2014. Qalam Wildan - All Rights Reserved
Template Modified by Qalam Wildan
Proudly powered by Wa ma taufiqi illa billah