Ada Apa Pada Pena Andai Tiada Peluru Ilmu?

Kitab : Al-Kitab Al-Mukawwinah Lifikri Al-Islami (As-Sunni)

0 comments



"Tamadun Islam telah terbina daripada al-Quran al-Karim yang dijadikan sebagai intipati baginya, yakni daripada al-Quran titik permulaannya, kepadanya kita merujuk, berpandukannya kita menilai dan memperbetul, serta untuknya kita berkhidmat.

Dan perkara tersebut memberi kesan yang besar bagi penulisan para ulama silam bagi ilmu-ilmu yang pelbagai, bahkan pada pandangan mereka bagi alam semesta, manusia, kehidupan dan apa yang berlaku sebelumnya serta apa yang akan berlaku setelah mati. Kita akan mendapati segala perkara tersebut tertulis di kitab-kitab Aqidah Islamiah dan kitab-kitab ulama Islam sepanjang zaman yang mana mereka berbicara berkenaan 3 konsep asas iaitu:

1) Kitabullah al-Mastur(yang termaktub): al-Quran
2) Kitabullah al-Manzur(yang dilihat): al-Kaun(alam semesta)
3) Kitabullah al-Maqdur(yang telah ditentukan) : al-Insan

Dan pemikir-pemikir bagi setiap tamadun sangat mementingkan untuk mengumpul buku-buku yang membina dan membentuk pemikiran, antaranya kita dapat lihat keprihatinan barat dalam mengumpul karya-karya tersebut di dalam ensiklopedia 'The Great Books' yang dikeluarkan oleh syarikat Ensiklopedia Britannica Inc. yang mengumpulkan buku-buku yang memberi pengaruh dalam pembentukan pemikiran dan tamadun di barat.

Dan kitab ini adalah langkah pertama untuk mengumpulkan nama-nama kitab yang membentuk pemikiran Islam terutamanya Ahl as-Sunnah wal Jama'ah."

-Adaptasi dari muqadimmah tulisan al-Allamah Prof. Dr. Ali Jum'ah hafizahullah bagi buku ini.

Asas-asas dan kriteria bagi pemilihan dan pengumpulan(dalam menyusun buku ini):

1. Mempunyai nilai Inovasi dan keistimewaan dengan penyaksian ilmuwan pakar.
2. Dipilih oleh institut-institut pengajian muktabar di timur dan barat untuk dijadikan silibus pengajian.
3. Kitab yang memberi pengaruh dalam pembinaan tokoh-tokoh unggul di sisi ahli ilmu.
4. Penerimaan dan pengiktirafan komuniti-komuniti ilmu dan ulama terhadapnya.
5. Mendapat perhatian para ulama pakar untuk dikhidmat: disyarahkan, dibincang, diberi komentar, diteliti(tahqiq), dipelajari, disebarluas dan sebagainya.


Oleh : Akademi Pemikiran Turath, Kaherah

Share this article :

Post a Comment

 
| | | |
Copyright © 2014. Qalam Wildan - All Rights Reserved
Template Modified by Qalam Wildan
Proudly powered by Wa ma taufiqi illa billah